Kerjaya Bella Rahim

Biarpun masih baru dalam industri filem tempatan, Bella Rahim telah aktif berlakon teater sejak 2007. Pada tahun 2017, beliau mendapat Diploma Seni Persembahan dari École Philippe Gaulier, Perancis daripada guru yang pernah mengajar nama besar termasuk Sacha Baron Cohen, Emma Thompson dan Helena Bonham Carter.[4]

Pada Jun 2020, beliau dinobatkan trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Cosmo India 2020 untuk filem pendek berjudul Ikhwan. Beliau sebelum ini pernah menjayakan watak tambahan dalam filem sukan 2016, Ola Bola arahan Chiu Keng Guan.[4]

Beliau menjadi bualan di media sosial selepas membintangi filem thriler seram Korea Selatan, Peninsula arahan Yeon Sang-ho.[5][6][7][8] Ramai tidak menyangka watak Jane dalam filem itu rupanya pelakon berasal dari Malaysia.[4] Dalam temuramah bersama Harian Metro, beliau berkata mengenai penglibatannya dalam Peninsula: "Sebaik melangkah masuk dalam set filem itu, saya terkesima melihat betapa gahnya produksi mereka. Buat pertama kali juga, saya berlakon dalam set menggunakan skrin hijau yang sangat besar. Demikian juga ketelitian produksi terhadap setiap aspek untuk semua babak dalam filem itu. Kru pula sangat tangkas melakukan tugasan mereka selain corak kerja mereka penuh sistematik,".[9]

Beliau bakal menjayakan sebuah pementasan teater berjudul Didn't Know That About You di Festival Teater Musim Bunga Norway. Persembahan itu sepatutnya berlangsung pada April 2020 namun ditunda berikutan pandemik COVID-19.[4]

Sebelum berkecimpung dalam bidang lakonan, Bella pernah bekerja sepenuh masa dalam bidang fesyen sebagai penerbit selain menguruskan pelbagai acara.[10]

Rujukan

WikiPedia: Bella Rahim http://www.imdb.com/name/nm7764739/ https://coconuts.co/kl/lifestyle/malaysian-actress... https://www.facebook.com/bellarahim https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/... https://gempak.com/artikel/39072/love-tak-lengkap-... https://www.instagram.com/@therealbellarahim/ https://twitter.com/@rockabellarina https://www.hmetro.com.my/rap/2020/07/602401/bella... https://www.hmetro.com.my/rap/2020/08/606215/pinja... https://www.hmetro.com.my/rap/2020/08/606335/masih...